Sunday, November 30, 2014

BAHAN PENGUKUHAN

NOTA RINGKAS

BAB " TAWAF "

Maksud Tawaf : Mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu.


JENIS-JENIS TAWAF
  • Tawaf Ifadhoh : (rukun)
  • Tawaf Qudum : Tawaf selamat tinggal yang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah
  • Tawaf Wida'   :  Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika meninggalkan Mekah
  • Tawaf Sunat   : 
  • Tawaf Nazar  : Tawaf yang dilakukan kerana nazar yang telah di buat

SYARAT-SYARAT TAWAF

  1. Suci dari hadas besar
  2. Menutup Aurat
  3. Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf ketika itu
  4. Menjadikan Baitullah disebelah kiri dan berjalan ke hadapan
  5. Bertujuan Tawaf
  6. Cukup 7 kali mengelilingi kabaah
  7. Dilakukan dalam Majidil Haram dan di luar Hijr Ismail Syazarwan

SUNAT-SUNAT TAWAF

  1. Berjalan kaki
  2. Berittiba' (berturutan) bagi tawaf yang diiringi dengan sae'i (lelaki)
  3. Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya 
  4. Membaca zikir dan doa
  5. Berturutan 7 kali pusingan
  6. Tawaf dengan khusyuk dan tawaduk
  7. Sembahyang sunat tawaf


SKRIP / TEKS BAHAN BANTU MENGAJAR - TAWAF KURSUS HAJI

KURSUS ASAS HAJI

SINOPSIS

Dialog ini adalah berkisarkan mengenai kursus asas haji dan umrah peringkat pertama yang dihadiri oleh 25 orang Jemaah haji dengan bimbingan daripada Ustazah Aisyah sebagai penceramah jemputan. Kursus ini diadakan pada setiap hujung minggu, bertempat di Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur, dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid dan Lembaga Tabung Haji. Ianya mengambil masa selama dua jam bagi setiap siri sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Dalam dialog ini, menggambarkan suasana di mana Ustazah Aisyah memberi pendedahan asas berkaitan dengan ibadat haji dan umrah. Penekanan utama pada siri kali ini lebih kepada pendedahan ibadat tawaf secara asas sementara praktikal dan amali ibadat tawaf akan dilaksanakan pada siri yang berikutnya.

WATAK & PERWATAKAN

*      USTAZAH AISYAH     :Penceramah khas dari bahagian pengurusan haji,
 merangkap pensyarah Univesiti Malaya bahagian Fiqh dan Usul

*      JEMAAH 1                    :Wanita dalam lingkungan umur 40 an. Merupakan peserta
yang akan mengikuti rombongan haji pada musim ini.

*      JEMAAH 2                     : Lelaki dalam umur lingkungan 50 an. Merupakan peserta
yang akan mengikuti rombongan haji pada musim ini.

*      JEMAAH 3                   : Wanita dalam lingkungan umur 20 an. Merupakan seorang
 mahasiswa yang ingin mendalami ilmu berkaitan haji.

*      JEMAAH 4                     : Lelaki dalam lingkungan umur 30 an. Merupakan peserta yang
akan mengikuti rombongan haji pada musim ini serta mempunyai kecacatan fizikal untuk bergerak dengan menggunakan kerusi roda.

*      JEMAAH 5                     : Wanita dalam lingkungan umur 30 an. Merupakan peserta yang akan          mengikuti haji pada musim ini dan juga isteri kepada Jemaah 4.


PENDAHULUAN

            Pada hari ini bersamaan hari sabtu, kursus asas haji dijalankan di Masjid Al-Rahman Kuala Lumpur. Oleh itu, pelaksana kursus iaitu Lembaga Tabung Haji pada kali ini telah menjemput Ustazah Aisyah sebagai penceramah jemputan. Kursus ini akan berlangsung selama 2 jam. Kursus ini bertujuaan untuk menerangkan cara dan mempertingkatkan kefahaman kepada Jemaah haji mahupun orang ramai tentang pelaksanaan ibadat tawaf ketika mengerjakan fardhu haji.

Gram muzik pengenalan dan suasana haji sebagai permulaan di dalam kursus.

USTAZAH AISYAH: Minggu lalu kita telah mempelajari bab niat dalam ihram dan juga wuquf. Pada hari ini kita akan mempelajari pula bahagian tawaf serta beberapa perkara lain yang berkaitan dengan tawaf.
                                      Sebelum itu kita perlu kenali maksud tawaf ?
                                     : Tawaf adalah mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat tertentu.          (melihat tayangan video tujuh kali pusingan haji)

JEMAAH 1                 :  Ustazah, adakah dibolehkan untuk mengelilingi kaabah kurang dari tujuh kali atau lebih dari tujuh kali ?
USTAZAH AISYAH : Mengikut syarat-syarat yang ditetapkan untuk melakukan tawaf perlu   untuk mengelilingi kabaah sebanyak tujuh kali seperti yang telah ditetapkan.
JEMAAH 2              : Bagaimana pula pakaian yang sesuai untuk lelaki mahupun wanita bagi melakukan tawaf.
USTAZAH AISYAH : Jemaah haji boleh melihat di skrin paparan ini berkenaan pakaian yang sesuai dilakukan ketika tawaf.
                                    : Bagi pakaian bagi lelaki adalah pakaian ihram  (melihat contoh pemakaian di video)
                                 : Pakaian wanita pula adalah diharuskan untuk memakai pakaian yang berjahit di dalam ihram dengan syarat pakaian tersebut tidak dicelup dengan warna. (melihat cth pakaian di video)

JEMAAH 3                  : Sebentar tadi ustazah ada menyebut tawaf adalah mengelilingi kaabah sebanayak tujuh kali pusingan dengan syarat tertentu. Apakah syarat-syaratnya?
USTAZAH AISYAH  : Syarat-syarat tertentu itu adalah seperti menutup aurat, bersuci dari hadas besar, perlu dilakukan sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah dengan dimulakan dari penjuru Hajar Aswad dan berniat tawaf, seterusnya menjadikan baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan dan syarat terakhir tawaf perlu dilakukan dalam Masjidil Haram.
JEMAAH 2                  : Seperti yang sedia maklum Tawaf Ifadah adalah tawaf yang dilakukan untuk menyempurnakan rukun haji. Adakah dibolehkan atau sebaliknya wanita yang mengalami haid ketika masuk ke Mekah untuk melakukan tawaf ?
USTAZAH AISYAH : Apabila seseorang perempuan datang haid atau nifas sedangkan dia berada dalam ihram, dia diharuskan untuk mengerjakan kesemua ibadat Hajinya kecuali tawaf dan saie dan selepas itu digugurkan tawaf qudum daripadanya apabila dia wuquf di Arafah dan dia hendaklah menunggu sehingga suci. Selepas itu dia tawaf Ifadhah dan tawaf wida', seterusnya bersaie sebagai saie Haji. Langkah ini sekiranya dia mengerjakan Haji Ifrad, tetapi sekiranya dia mengerjakan Haji Tamattu' atau Qiran, bererti dia hanya perlu mengerjakan pekerjaan Haji Ifrad dan dia tidak perlu mengerjakan pekerjaan Haji Tamattu' atau Qiran jika dia masih belum suci sebelum wuquf di Arafah. Sekiranya dia suci dia perlu mengerjakan pekerjaan Haji Qiran dan Tamattu'.
Apabila dia wuquf di Arafah sedangkan dia berada dalam keadaan suci, dia wajib mengerjakan tawaf Ifadhah sebelum datang haid supaya tawaf Ifadhah tidak terlewat sehingga selepas suci.
Apabila dia telah mengerjakan tawaf Ifadhah kemudian dia datang haid, dia tidak perlu lagi mengerjakan tawaf Wida', jika dia ingin meninggalkan Mekah sebelum suci.
JEMAAH 2                  : Adakah rukun hajinya sempurna?
USTAZAH AISYAH  : Dalam situasi ini rukun hajinya dianggap sempurna sekiranya mengambil kira seperti yang diterangkan tadi. Oleh yang demikian Jemaah haji wanita perlu peka dengan keadaan dirinya. Sekiranya masih terdapat sebarang kemushkilan semasa mengadakan tawaf berkaitan dengan wanita kedatangan haid maka Jemaah haji wanita boleh rujuk kepada panel-panel yang telah dilantik oleh pihak tabung haji untuk bertanyakan situasi yang dialami disana.
JEMAAH 5                  : Ustazah saya mempunyai kecacatan fizikal dan hanya duduk di kerusi roda. Saya tidak mempunyai keupayaan melainkan mendapat bantuan dari isteri. Bagaimana saya ingin melakukan tawaf nanti?
USTAZAH AISYAH  : Adakah encik membawa isteri bersama untuk melakukan haji?
JEMAAH                     : Ya saya pergi menunaikan haji bersama dengan isteri
USTAZAH AISYAH  : Boleh saya tahu siapakah isteri kepada encik ini?
JEMAAH 5                  : Saya adalah isterinya (dalam keadaan mengangkat tangan).
USTAZAH AISYAH  : Dalam situasi sebegini, dengan keupayaan encik yang susah bergerak untuk melakukan tawaf encik boleh melakukan tawaf dengan bantuan isteri iaitu dengan cara menolak kerusi roda yang telah diduduki oleh encik dengan tujuh kali pusingan. Bahkan bagi sesiapa yang mempunyai masalah yang sama seperti ini, tawaf boleh dilakukan dengan bantuan Jemaah lelaki yang lain untuk membantu menolak kerusi roda mengelilingi kabaah seperti kadar yang telah ditetapkan. Bagi wanita pula mereka  boleh meminta pertolongan dari mahramnya sama ada suami atau Jemaah wanita yang lain.
USTAZAH AISYAH  : Alhamdulillah bahagian pertama untuk kursus pada hari ini telah habis dan jika ada sebarang persoalan sila ajukan. (melihat para peserta kursus ). Jika tidak ada kita berehat sebentar.

Setelah berehat beberapa minit, Ustazah Aisyah kembali menyampaikan ceramah mengenai jenis-jenis tawaf.

USTAZAH AISYAH : Seterusnya, kita masuk kepada jenis-jenis tawaf. Jenis-jenis tawaf terbahagi kepada lima jenis. Antaranya adalah tawaf Qudum, tawaf Ifadhoh, tawaf Wada’, tawaf Nazar dan tawaf Sunat. Ustazah nak tanya, ada sesiapa tahu apakah itu tawaf Qudum?
JEMAAH  1               : Tawah Qudum adalah tawaf yang kita lakukan apabila sampai di Mekah.
USTAZAH AISYAH :  Ya, betul. Maksud yang lebih tepat adalah tawaf selamat datang kepada Jemaah haji. Ia bertujuaan sebagai penghormatan kita kepada tanah suci Makkah.
JEMAAH  2                : Ustazah, bolehkah jika saya tidak mengerjakan tawaf Qudum apabila tiba di kota Makkah.
USTAZAH AISYAH  : Boleh. Ini kerana hukum melakukan tawaf Qudum adalah sunat bagi mereka yang baru sampai ke Makkah. Oleh itu, jika kita buat akan mendapat pahala dan jika kita tidak lakukannya tidak mendapat dosa. Tetapi, ustzah sarankan agar kita semua dapat lakukannya jika tiba di Tanah Suci. Bukan semua orang mampu ke sana dan ibadat yang kita lakukan di Tanah Suci berlipat kali ganda jika kita lakukannya.
JEMAAH 3                 : Ustazah, bagaimana pula dengan tawaf Ifadhoh?
USTAZAH AISYAH : Tawaf Ifadhoh juga dikenali sebagai tawaf Rukun. Ia merupakan salah satu rukun haji yang ketiga bagi fardhu haji dan Jemaah haji akan lakukan tawaf Ifadhoh setelah Jemaah haji balik daripada wuquf di Arafah.
JEMAAH  3               : Ooo.. jika begitu Jemaah haji wajib melakukan tawaf Ifadhoh jika mengerjakan haji.
USTAZAH AISYAH: Ya, betul. Hukum melakukan tawaf Ifadhoh adalah wajib dan tidak  melakukannya.
USTAZAH AISYAH: Seterusnya adalah tawaf Wada’ atau tawaf selamat tinggal. Apakah hukum tawaf Wada’ bagi orang yang ingin meninggalkan Kota Makkah?
JEMAAH 1                : Hukum tawaf Wada’ adalah wajib jika kita meninggalkan kota Makkah.
USTAZAH AISYAH : Betul. Hukumnya adalah wajib kita lakukan walaupun, kita meninggalkan Makkah dengan bertujuan ingin datang semula ke Tanah Suci. Namun, ia wajib dilakukan hanya apabila perjalanan kita melebihi 2 marhalah.
USTAZAH AISYAH: Jenis tawaf yang seterusnya adalah tawaf Sunat. Tawaf sunat adalah tawaf yang boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tawaf ini tidak ditetapkan masa atau tujuan untuk lakukannya. Manakala, tawaf Nazar pula adalah tawaf yang dilakukan untuk menunaikan nazar yang telah dibuat. Contohnya, ‘saya bernazar inign melakukan tawaf tujuh kali jika saya mendapat anak kembar’.
JEMAAH  3                : Ustzah saya nak tanya. Apakah hukum jika kita tidak laksanakan nazar tersebut?
USTAZAH AISYAH: Hukum tidak melaksanakan nazar adalah berdosa. Hal ini kerana hukum menunaikan nazar adalah wajib dan tidak boleh diganti dengan perkara lain. Sebagai mana firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 29, mafhumnya “dan kamu hendaklah menepati janji dengan Allah apabila kamu berjanji”.
USTAZAH AISYAH : Alhamdulillah, bahagian kedua kursus kita pada hari ini  telah selesai. Sebelum kita sambung ke bahagian yang seterusnya kita ambil masa beberapa minit untuk merehatkan fizikal dan minda.

            Setelah berehat beberapa minit, Ustazah Aisyah kembali menyampaikan ceramah mengenai sunat-sunat dalam ibadat tawaf kepada Jemaah haji.

USTAZAH AISYAH : InsyaAllah, kita sambung perbincangan kita mengenai sunat-sunat tawaf. Mungkin ada di antara kita yang sudah merasai pengalaman tawaf dan mungkin ada yang belum berkesempatan menunaikan haji ataupun umrah. Jadi, saya sangat menggalakkan perbincangan yang santai dan sebarang persoalan boleh diajukan terus kepada saya. Boleh ke Tuan-tuan dan Puan-puan?
JEMAAH                    : InsyaAllah…(sambil menganggukkan kepala tanda setuju).
USTAZAH AISYAH : Apakah yang dimaksudkan dengan sunat-sunat tawaf? Sunat-sunat tawaf ialah perkara sunat yang dilakukan oleh Rasulullah ketika tawaf dan sangat digalakkan melakukannya. Apakah perkara-perkara tersebut?
JEMAAH  1               : Mengikut pengalaman saya yang sebelum ini, ketika tawaf kita disunatkan berjalan kaki ketika melakukannya.
USTAZAH AISYAH : Ya, betul tu. Menurut Mazhab Syafie, apa yang penting terlebih dahulu perlulah niat tawaf. Bagaimana? Tuan-tuan dan Puan-puan boleh lihat pada skrin depan sambil ikut bacaan saya. نويت طواف العمرة بهذا البيت سبعة أشواط لله تعالى. (saya telah berniat melakukan tawaf umrah 7 pusingan kerana Allah Taala). Kemudian, perkara sunat ketika tawaf ialah berjalan kaki bagi lelaki dan perempuan.
JEMAAH 2             : Ustazah, bagaimana pula dengan orang sakit yang mana menghalangnya kemampuannya untuk berjalan kaki?
USTAZAH AISYAH :Terima kasih bagi soalan tersebut. Bagi mereka  yang dihalang oleh sakit dan seumpamanya, ada pengecualian baginya. As-Syaikhan meriwayatkan : Ummu Salma datang dalam keadaan sakit lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya : “Tawaflah di belakang orang ramai dalam keadaan menunggang kenderaan”.
JEMAAH 3            : Saya teringin sekali nak menyentuh Hajarul Aswad. Adakah ia termasuk dalam perkara-perkara sunat tawaf?
USTAZAH AISYAH : Sudah menjadi impian setiap muslim yang melakukan ibadat tawaf untuk menyentuh Hajarul Aswad. Ya, betul. Melakukan istilam iaitu menyentuh Hajarul Aswad pada permulaan tawaf, mencium dan meletakkan dahi padanya adalah amalam Rasulullah s.a.w.
JEMAAH 1                : Dalam keadaan orang ramai yang berebut-rebut, bagaimana kalau tak dapat peluang untuk menyentuhnya?
USTAZAH AISYAH : Jangan bimbang. Sekiranya tidak dapat menyentuh dengan tangan kerana sesak dan seumpamanya, hendaklah diisyaratkan kepadanya dengan tangan dari jauh dalam keadaan bertakbir dan bertahlil. Sunat ini dikhususkan kepada lelaki.
JEMAAH 4                : Alangkah beruntungnya kaum lelaki. Bagaimana orang perempuan pula ustazah?
USTAZAH AISYAH : Bagi wanita tak disunatkan menyentuh dan mencium Hajarul Aswad kecuali tempat tawaf itu kosong. Apabila tempat tawaf itu sesak, di mana menyentuh dan menciumnya akan menyebabkan kesakitan dan kesusahan kepada orang lain, maka lelaki juga tak disunatkan melakukannya. Malah boleh jadi makruh atau haram, mengikut kadar kesakitan hasil perbuatan tersebut. Perkara sunat lain bagi kaum lelaki ketika tawaf ialah berlari anak dalam tiga pusingan pertama iaitu dengan dipercepatkan perjalanan tetapi dengan langkah yang pendek.
JEMAAH 3                : Oooo,begitu..maknanya baki 4 pusingan lagi berjalan biasa ke? Apa lagi yang disunatkan untuk kaum lelaki ustazah?
USTAZAH AISYAH : Amboi, panjang oooo nya En. Razak, dah bersemangat nak tawaf ye? Ya, baki 4 pusingan disunatkan berjalan biasa. (sambil tersenyum).Kedengaran para jemaah yang lain turut ketawa.
USTAZAH AISYAH : Ada lagi sunat-sunat tawaf yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki, iaitu melakukan idhtibaa’. Apakah itu idhtibaa’? Idhtibaa’ itu maksudnya ketika berlari anak, disunatkan dengan meletakkan pertengahan selendangnya di bawah ketiak tangan (bahu kanan terdedah) dan meletakkan kedua hujungnya di atas bahu kiri.
JEMAAH 2                 : Bagaimanakah caranya?
USTAZAH AISYAH : Mungkin susah untuk menggambarkannya. Saya tunjukkan dulu gambar dan video cara memakainya. insyaAllah, pada siri yang berikutnya, kita akan buat amali cara memakainya. Sewaktu Rasulullah s.a.w masuk ke Makkah untuk melakukan umrah al-Qadha’, baginda telah melakukan perkara itu dan memerintahkan sahabat melakukannya.
JEMAAH   1              : Saya ada pertanyaan, adakah terdapat bacaan-bacaan tertentu ketika melakukan tawaf?
USTAZAH AISYAH : Sebagai orang Islam, kita sangat digalakkan dan disunatkan membaca doa waktu tawaf atau kitab suci al-Quran. Dibolehkan berdoa dengan mana-mana doa. Doa yang ma’thur daripada Rasulullah s.a.w sewaktu tawaf adalah lebih baik daripada membaca al-Quran dan membaca al-Quran lebih afdhal daripada doa yang tidak ma’thur.
JEMAAH 4            : Berdasarkan apa yang saya pelajari, tawaf itu perlu dilakukan sebanyak 7 kali pusingan. Adakah ianya 7 kali pusingan berturut-turut atau sebaliknya. Bagaimana?
USTAZAH AISYAH    :  Ya, ianya disunatkan 7 kali berturut-turut berpusing di samping kita melakukannya dengan penuh khusyuk dan tawadhuk agar apa yang kita lakukan bukanlah perkara-perkara yang sia-sia dan amalannya diterima Allah Taala.
JEMAAH                      : InsyaAllah, mudah-mudahan begitu. (sambil mencatat apa yang disampaikan).
USTAZAH AISYAH  : Akhir sekali, setelah selesai tawaf, kita disunatkan sembahyang dua rakaat di belakang maqam Ibrahim.
JEMAAH  2            : Bagaimana dengan bacaan dalam solat sunat tersebut? Adakah terdapat bacaan khusus?
USTAZAH AISYAH  : Cara bacaannnya sama sahaja dengan solat sunat lain, iaitu pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas. 
Akhirnya , mungkin ada sebarang persoalan yang tidak jelas? Saya harap para jemaah sekalian  dapat mengambil input yang berguna daripada sesi kita tadi. Mungkin ini sahaja daripada saya pada hari ini, semoga kita berjumpa lagi pada siri yang berikutnya.
USTAZAH AISYAH : Maka dengan ini berakhirlah kursus asas haji kita pada hari ini. Tapi sebelum kita menutup majlis ada sesiapa yang ingin mengajukan soalan daripada apa yang kita pelajari sepajnag hari ini? ( sambil melihat semua bakal jemaah haji pada tahun ini )
JEMAAH                  : Tidak ada Ustazah, Alhamdulillah kami faham apa yang kita pelajari hari ini. ( sambil menganggukkan-anggukkan kepala dan tersenyum kepada ustazah Aisyah )
USTAZAH AISYAH : Alhamdulillah...Jika begitu, ustzah doakan agar kita dapat bertemu lagi di sesi kursus asas haji yang seterusnya.  Dengan ini kita tutup majlis kita pada hari ini dengan surah al-Asr dan tasbih kiffarah. ( ustazah dan para jemaah lain menadah tangan )

TAMAT









Saturday, November 29, 2014

APLIKASI KEMAHIRAN TEKNOLOGI KEPADA GURU PENDIDIKAN ISLAM

Krikk..Krikk..Krikk..Krikk
Assalamualaikum semua..tugasan seterusnya yang kami nak kongsikan dengan anda semua ialah..jeng..jeng..jeng..

Tugasannya ialah kami dikehendaki menggunakan kamahiran dan pengetahuan yang kami ada untuk membantu guru-guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran & Pembelajaran mereka di bilik darjah. So, kami buat keputusan untuk menghubungi salah seorang guru Pendidikan Islam yang kami kenal. Beliau ialah :

 Beliau ialah Ustazah Mahatom Binti Mohamad. Merupakan seorang ustazah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Perlis. Memegang jawatan sebagai Ketua Unit Usuluddin, Setiausaha Pengurusan Dan Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP), Setiausaha Pengurusan Disiplin Pelajar, Penyelaras Pengurusan Biasisiwa & Kebajikan Pelajar dan juga Guru Kelas Tingkatan 6 Tarmizi. 

Mata pelajaran yang dipilih ialah bab ibadat (Zakat) Pendidikan Islam Tingkatan 2. 


Mengapa sukar diajar??
  • Isi Pengajaran lebih kepada fakta-fakta yang perlu dihafal dan diingati oleh pelajar
  • Pengajaran memerlukan penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang menarik 
  • Tertumpu kepada buku teks sahaja
Jadi, sebagai bakal guru, kami cuba menggunakan sebaik mungkin kemahiran yang ada untuk membantu beliau. Semoga apa yang kami sediakan dapat membantu ustazah dalam pengajaran & pembelajaran. Kami telah sediakan slide powerpoint yang menarik.


Slide powerpoint bab Zakat Fitrah Pendidikan Islam Tingkatan 2

Semoga apa yang kami kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. Akhiri kalam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jumpa lagi!




LATIHAN / KUIZ

Cuba bayangkan situasi di mana anda ingin membeli beg berjenama di Mall. Bagaimana anda ingin tahu ianya benar-benar berharga seperti harga yang tertera di situ? Bagaimana anda nak menilai sebelum membeli?

 

Membeli belah sahaja perlukan penilaian, apatah lagi dalam dunia pendidikan. Jadi, apa yang dimaksudkan dengan penilaian dalam pengajaran dan pendidikan?


Penilaian bermaksud proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian merupakan salah satu tugas guru. Ianya penting untuk mengetahui kemajuan pelajar. Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk menilai pelajar dengan penggunaan teknologi-teknologi terkini seperti Socrative (Student Response System), Google Forms +Flubaroo, ThatQuiz, ExamTime Quizzes, PollEverywhere, Testmoz, Gnowledge , Online Quiz Creator: Play or Make a Quiz for Free! dan banyak lagi!!!!

Antara aplikasi yang telah kami hasilkan untuk menilai para pelajar ialah ProProfs (Quiz Maker) & GoogleForm

 Jom Terjahhhhhhhhhhhhh...hehe

Klik link di sini..dan SELAMAT MENCUBA


 

Jom cuba yang ini..BEST!!!!!!!!



ATAU boleh cuba yang ini !!!!!!!!!!



Ketiga-tiga aplikasi kuiz di atas antara contoh yang kami aplikasi dalam kelas. Semoga membantu dan bermanfaat buat anda semua..Check It Out!!!!!!!!..Peace..



SET INDUKSI

Apa itu set induksi ????
Set induksi adalah set bagi memulakan sesuatu proses P&P yang melibatkan idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber yang menarik perhatian pelajar agar bersedia memulakan pembelajaran. Oleh itu, guru hendaklah merancang set induksi yang menarik agar pelajar dapat memberi tumpuan dalam proses pengajaran yang seterusnya. 

oleh itu, kami telah hasilkan 3 video yang boleh dijadikan set induksi bagi topik Tawaf dalam pengajaran Pendidikan Islam. penghasilan vidoe ini kami hasilkan daripada aplikasi Powtoon dan setiap orang daripada KAMI telah menghasikan satu video.

set induksi video  USTAZAH TO BE yang pertama :

set induksi video  USTAZAH TO BE yang ke-2:

set induksi video  USTAZAH TO BE yang ke-3 :

BBM PENDIDIKAN ISLAM - TAWAF

Assalamualaikum...
semua sihat..?? eh.. macam dekat sekolah pulak dahh... heheh
btw entry kami hari ini adalah  tentang "BBM PI - TAWAF ''

BBM atau bahan bantu mengajar adalah sangat sinonim bagi guru dalam menjalankan proses P&P di dalam kelas. Melalui BBM guru akan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk dan subjek yang diajar. Oleh itu, BBM tidak hanya tertumpu kepada bahan-bahan tradisional seperti menggunakan kad manila, kertas mahjong dan lain-lain. Namun, BBM juga boleh disediakan dengan menggunakan teknologi terkini seperti Power Point, Slide Share video, You Tube dan Blog. 

So, cadangan BBM yang boleh digunakan dalam proses P&P adalah PowToon. Ia adalah salah satu aplikasi animasi bergerak yang dihasikan dalam bentuk video. penghasilan BBM ini adalah terhasil daripada penulisan skrip yang telah diberikan kepada kami untuk menghasilakan satu plot cerita atau skrip berkenaan TAWAF. Maka terhasillah video PowToon daripada skrip yang telah kami tulis dan ia dapat dijadikan sebagai BBM kepada guru-guru yang ingin memperkenalkan tajuk Tawaf kepada para pelajar.


kat atas ni contoh video PowToon yang telah kami hasilkan daripada aplikasi PowToon. Selamat menonton dan moga video ini dapat membantu anda yang sedang baca. 

wassalam. ^^

TIPS FOR BETTER SLIDE PRESENTATIONS 2



Bukan ustazah je perlu cantik, slide pun mesti menarik..hehe..So, jom ikut kami baiki slide lebih menarik..7 Tips to Beautiful Powepoint

TIPS FOR BETTER SLIDE PRESENTATIONS 1

Nak tahu lebih lanjut?? Tekan je link kat sini..semoga bermanfaat

http://blog.ted.com/2014/07/15/10-tips-for-better-slide-decks/



EXAMPLE FOR BETTER SLIDE PRESENTATIONS



Perlukah seorang guru kreatif ?? YA!!! sebagai seorang guru, kita perlu kreatif. Tapi kenapa? Nak tahu kenapa? Of course lah sebab nak tarik perhatian pelajar tentang apa yang kita ajar..kalau slide pngajaran kita tak ceria,pelajar mesti akan cepat boring..betul tak?setuju kan? jadi, kami boleh bantu anda semua..in sha Allah, jom kita belajar sama-sama..peace..

Teknologi yang boleh digunakan dalam P&P Pendidikan Islam



Sharing is caring..sebagai bakal guru,kita perlu tahu tentang teknologi-teknologi yang boleh digunakan dalam p&p pendidikan Islam..So,kami kongsikan dengan anda semua..Peace no war!!!!!

KENAL KAMI...!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yg buka blog kami..
moga kita dilimpahi rahmat dan redha daripada Allah selalu.. amiin.. ^^

Kami adalah orang baru dalam dunia blogger ni..So, semua ni masih baru bagi kami.. nampk ketinggalan sangat kn.. tapi nk buat mcm mana kami kena belajar juga cara untuk publish kt blog ni..  pengakuan jujur dari kami.. blog ini adalah salah satu tugasan akhir yang diberikan kami sebagai pelajar tahun akhir di UNIVERSITI MALAYA bagi subjek TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM. Oleh itu, blog ini lebih membincangkan subjek Pendidikan Islam dan penggunaan Teknologi dalam P&P Pen. Islam. Moga blog ini memberi manfaat kepada kami diri kami sendiri juga kepada anda yang sedang baca.. heee.. 

eh..eh.. tapi sebelum tu... anda yg sedang baca tu mesti nak tahu siapa KAMI kan..kan.. ^^
Jom kenali kami dulu yerr... 

Ustazah to be yang pertama :

" Nama saya Suhaila bt Ismail.. asal kelate.. umur 23 tahun 
harapan.. saya harap saya dapat menjadi seorang pendidik yang tidak kenal putus asa untuk mendidik anak-anak bangsa dengan ajaran agama Islam yang sebenar, dan harapan saya yang utama adalah untuk menjadi pendidik di Sabah.. doakan saya ok.. "

Ustazah to be yang ke-2 :

" Nama saya Norafidah Sabli, asal negeri di bawah bayu.. siapa tahu?? opkozz la Sabah.. Umur sama dengan Ustazah to be dalam blog ni. ^^.. 
Harapan?? saya harap dapat menjadi pendidik yang berjaya dunia akhirat dan yang penting sekali saya ingin menuntut  ilmu sebanyak mungkin selagi mampu.. InshaAllah, amiin.. "

Ustazah to be ke-3 :

" Saya Madihah Mahadi, asal nogori sembilan dan asal 23 juga. Harapan, saya dapat menjadi ustazah yang baik dan mampu mendidik anak murid saya pada masa akan datang agar menjadi lebih baik selaras dengan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah. "

Okey.. sekarang anda yang sedang baca tu dah kenal KAMI kan.. so, kami harap dengan blog ini kami dapat memberi dan berkongsi ilmu yang kami perolehi sepanjang pengajian kami di Universiti Malaya kepada anda semua. Moga blog ini bermanfaat kepada kami dan juga semua para USTAZAH TO BE seperti kami..

wassalam.