KURSUS ASAS HAJI
SINOPSIS
Dialog ini
adalah berkisarkan mengenai kursus asas haji dan umrah peringkat pertama yang
dihadiri oleh 25 orang Jemaah haji dengan bimbingan daripada Ustazah Aisyah
sebagai penceramah jemputan. Kursus ini diadakan pada setiap hujung minggu,
bertempat di Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur, dengan kerjasama ahli jawatankuasa
masjid dan Lembaga Tabung Haji. Ianya mengambil masa selama dua jam bagi setiap
siri sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Dalam dialog ini, menggambarkan
suasana di mana Ustazah Aisyah memberi pendedahan asas berkaitan dengan ibadat
haji dan umrah. Penekanan utama pada siri kali ini lebih kepada pendedahan
ibadat tawaf secara asas sementara praktikal dan amali ibadat tawaf akan
dilaksanakan pada siri yang berikutnya.
WATAK & PERWATAKAN
USTAZAH AISYAH :Penceramah khas dari bahagian pengurusan
haji,
merangkap
pensyarah Univesiti Malaya bahagian Fiqh dan Usul
JEMAAH 1 :Wanita dalam lingkungan umur 40 an.
Merupakan peserta
yang akan mengikuti rombongan haji pada musim ini.
JEMAAH 2 :
Lelaki dalam umur lingkungan 50 an. Merupakan peserta
yang akan mengikuti rombongan haji pada musim ini.
JEMAAH 3 :
Wanita dalam lingkungan umur 20 an. Merupakan seorang
mahasiswa yang
ingin mendalami ilmu berkaitan haji.
JEMAAH 4 :
Lelaki dalam lingkungan umur 30 an. Merupakan peserta yang
akan mengikuti rombongan haji pada musim ini serta mempunyai kecacatan
fizikal untuk bergerak dengan menggunakan kerusi roda.
JEMAAH 5 :
Wanita dalam lingkungan umur 30 an. Merupakan peserta yang akan mengikuti haji pada musim ini dan juga isteri kepada Jemaah 4.
PENDAHULUAN
Pada hari ini
bersamaan hari sabtu, kursus asas haji dijalankan di Masjid Al-Rahman Kuala
Lumpur. Oleh itu, pelaksana kursus iaitu Lembaga Tabung Haji pada kali ini
telah menjemput Ustazah Aisyah sebagai penceramah jemputan. Kursus ini akan
berlangsung selama 2 jam. Kursus ini bertujuaan untuk menerangkan cara dan
mempertingkatkan kefahaman kepada Jemaah haji mahupun orang ramai tentang
pelaksanaan ibadat tawaf ketika mengerjakan fardhu haji.
Gram muzik pengenalan dan suasana haji
sebagai permulaan di dalam kursus.
USTAZAH
AISYAH: Minggu lalu kita telah mempelajari bab niat dalam ihram dan juga wuquf.
Pada hari ini kita akan mempelajari pula bahagian tawaf serta beberapa perkara
lain yang berkaitan dengan tawaf.
Sebelum
itu kita perlu kenali maksud tawaf ?
: Tawaf
adalah mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat tertentu. (melihat tayangan video tujuh kali
pusingan haji)
JEMAAH
1 :
Ustazah, adakah dibolehkan untuk mengelilingi kaabah kurang dari tujuh
kali atau lebih dari tujuh kali ?
USTAZAH
AISYAH : Mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan untuk melakukan tawaf perlu
untuk mengelilingi kabaah sebanyak tujuh kali seperti yang telah
ditetapkan.
JEMAAH 2 : Bagaimana pula pakaian yang
sesuai untuk lelaki mahupun wanita bagi melakukan tawaf.
USTAZAH
AISYAH : Jemaah haji boleh
melihat di skrin paparan ini berkenaan pakaian yang sesuai dilakukan ketika
tawaf.
: Bagi
pakaian bagi lelaki adalah pakaian ihram
(melihat contoh pemakaian di video)
: Pakaian
wanita pula adalah diharuskan untuk memakai pakaian yang berjahit di dalam
ihram dengan syarat pakaian tersebut tidak dicelup dengan warna. (melihat cth
pakaian di video)
JEMAAH 3 : Sebentar tadi ustazah ada
menyebut tawaf adalah mengelilingi kaabah sebanayak tujuh kali pusingan dengan
syarat tertentu. Apakah syarat-syaratnya?
USTAZAH
AISYAH : Syarat-syarat tertentu itu
adalah seperti menutup aurat, bersuci dari hadas besar, perlu dilakukan
sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah dengan dimulakan dari penjuru Hajar
Aswad dan berniat tawaf, seterusnya menjadikan baitullah di sebelah kiri dan
berjalan ke hadapan dan syarat terakhir tawaf perlu dilakukan dalam Masjidil
Haram.
JEMAAH 2 : Seperti yang sedia maklum
Tawaf Ifadah adalah tawaf yang dilakukan untuk menyempurnakan rukun haji.
Adakah dibolehkan atau sebaliknya wanita yang mengalami haid ketika masuk ke
Mekah untuk melakukan tawaf ?
USTAZAH
AISYAH : Apabila seseorang perempuan datang haid atau nifas sedangkan dia
berada dalam ihram, dia diharuskan untuk mengerjakan kesemua ibadat Hajinya
kecuali tawaf dan saie dan selepas itu digugurkan tawaf qudum daripadanya
apabila dia wuquf di Arafah dan dia hendaklah menunggu sehingga suci. Selepas
itu dia tawaf Ifadhah dan tawaf wida', seterusnya bersaie sebagai saie Haji.
Langkah ini sekiranya dia mengerjakan Haji Ifrad, tetapi sekiranya dia
mengerjakan Haji Tamattu' atau Qiran, bererti dia hanya perlu mengerjakan
pekerjaan Haji Ifrad dan dia tidak perlu mengerjakan pekerjaan Haji Tamattu'
atau Qiran jika dia masih belum suci sebelum wuquf di Arafah. Sekiranya dia
suci dia perlu mengerjakan pekerjaan Haji Qiran dan Tamattu'.
Apabila dia wuquf di Arafah sedangkan dia berada dalam keadaan suci,
dia wajib mengerjakan tawaf Ifadhah sebelum datang haid supaya tawaf Ifadhah
tidak terlewat sehingga selepas suci.
Apabila dia telah mengerjakan tawaf Ifadhah kemudian dia datang
haid, dia tidak perlu lagi mengerjakan tawaf Wida', jika dia ingin meninggalkan
Mekah sebelum suci.
JEMAAH 2 : Adakah rukun hajinya
sempurna?
USTAZAH
AISYAH : Dalam situasi ini rukun hajinya
dianggap sempurna sekiranya mengambil kira seperti yang diterangkan tadi. Oleh
yang demikian Jemaah haji wanita perlu peka dengan keadaan dirinya. Sekiranya
masih terdapat sebarang kemushkilan semasa mengadakan tawaf berkaitan dengan
wanita kedatangan haid maka Jemaah haji wanita boleh rujuk kepada panel-panel
yang telah dilantik oleh pihak tabung haji untuk bertanyakan situasi yang
dialami disana.
JEMAAH 5 : Ustazah saya mempunyai
kecacatan fizikal dan hanya duduk di kerusi roda. Saya tidak mempunyai
keupayaan melainkan mendapat bantuan dari isteri. Bagaimana saya ingin
melakukan tawaf nanti?
USTAZAH
AISYAH : Adakah encik membawa isteri
bersama untuk melakukan haji?
JEMAAH : Ya saya pergi menunaikan
haji bersama dengan isteri
USTAZAH
AISYAH : Boleh saya tahu siapakah isteri
kepada encik ini?
JEMAAH 5 : Saya adalah isterinya (dalam
keadaan mengangkat tangan).
USTAZAH
AISYAH : Dalam situasi sebegini, dengan
keupayaan encik yang susah bergerak untuk melakukan tawaf encik boleh melakukan
tawaf dengan bantuan isteri iaitu dengan cara menolak kerusi roda yang telah
diduduki oleh encik dengan tujuh kali pusingan. Bahkan bagi sesiapa yang
mempunyai masalah yang sama seperti ini, tawaf boleh dilakukan dengan bantuan
Jemaah lelaki yang lain untuk membantu menolak kerusi roda mengelilingi kabaah
seperti kadar yang telah ditetapkan. Bagi wanita pula mereka boleh meminta pertolongan dari mahramnya sama
ada suami atau Jemaah wanita yang lain.
USTAZAH
AISYAH : Alhamdulillah bahagian pertama
untuk kursus pada hari ini telah habis dan jika ada sebarang persoalan sila
ajukan. (melihat para peserta kursus ). Jika tidak ada kita berehat sebentar.
Setelah berehat beberapa minit, Ustazah
Aisyah kembali menyampaikan ceramah mengenai jenis-jenis tawaf.
USTAZAH AISYAH
: Seterusnya, kita masuk kepada jenis-jenis tawaf. Jenis-jenis tawaf terbahagi
kepada lima jenis. Antaranya adalah tawaf Qudum, tawaf Ifadhoh, tawaf Wada’,
tawaf Nazar dan tawaf Sunat. Ustazah nak tanya, ada sesiapa tahu apakah itu
tawaf Qudum?
JEMAAH 1 : Tawah Qudum adalah tawaf yang
kita lakukan apabila sampai di Mekah.
USTAZAH AISYAH
: Ya, betul. Maksud yang lebih tepat
adalah tawaf selamat datang kepada Jemaah haji. Ia bertujuaan sebagai
penghormatan kita kepada tanah suci Makkah.
JEMAAH 2 : Ustazah, bolehkah jika saya
tidak mengerjakan tawaf Qudum apabila tiba di kota Makkah.
USTAZAH
AISYAH : Boleh. Ini kerana hukum
melakukan tawaf Qudum adalah sunat bagi mereka yang baru sampai ke Makkah. Oleh
itu, jika kita buat akan mendapat pahala dan jika kita tidak lakukannya tidak
mendapat dosa. Tetapi, ustzah sarankan agar kita semua dapat lakukannya jika
tiba di Tanah Suci. Bukan semua orang mampu ke sana dan ibadat yang kita
lakukan di Tanah Suci berlipat kali ganda jika kita lakukannya.
JEMAAH 3 : Ustazah, bagaimana pula
dengan tawaf Ifadhoh?
USTAZAH AISYAH
: Tawaf Ifadhoh juga dikenali sebagai tawaf Rukun. Ia merupakan salah satu
rukun haji yang ketiga bagi fardhu haji dan Jemaah haji akan lakukan tawaf
Ifadhoh setelah Jemaah haji balik daripada wuquf di Arafah.
JEMAAH 3 : Ooo.. jika begitu Jemaah haji
wajib melakukan tawaf Ifadhoh jika mengerjakan haji.
USTAZAH AISYAH:
Ya, betul. Hukum melakukan tawaf Ifadhoh adalah wajib dan tidak melakukannya.
USTAZAH AISYAH:
Seterusnya adalah tawaf Wada’ atau tawaf selamat tinggal. Apakah hukum tawaf
Wada’ bagi orang yang ingin meninggalkan Kota Makkah?
JEMAAH 1 : Hukum tawaf Wada’ adalah
wajib jika kita meninggalkan kota Makkah.
USTAZAH AISYAH
: Betul. Hukumnya adalah wajib kita lakukan walaupun, kita meninggalkan Makkah
dengan bertujuan ingin datang semula ke Tanah Suci. Namun, ia wajib dilakukan
hanya apabila perjalanan kita melebihi 2 marhalah.
USTAZAH AISYAH:
Jenis tawaf yang seterusnya adalah tawaf Sunat. Tawaf sunat adalah tawaf yang
boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tawaf ini tidak ditetapkan masa atau
tujuan untuk lakukannya. Manakala, tawaf Nazar pula adalah tawaf yang dilakukan
untuk menunaikan nazar yang telah dibuat. Contohnya, ‘saya bernazar inign
melakukan tawaf tujuh kali jika saya mendapat anak kembar’.
JEMAAH 3 : Ustzah saya nak tanya. Apakah
hukum jika kita tidak laksanakan nazar tersebut?
USTAZAH AISYAH:
Hukum tidak melaksanakan nazar adalah berdosa. Hal ini kerana hukum menunaikan
nazar adalah wajib dan tidak boleh diganti dengan perkara lain. Sebagai mana
firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 29, mafhumnya “dan kamu hendaklah
menepati janji dengan Allah apabila kamu berjanji”.
USTAZAH AISYAH
: Alhamdulillah,
bahagian kedua kursus kita pada hari ini
telah selesai. Sebelum kita sambung ke bahagian yang seterusnya kita
ambil masa beberapa minit untuk merehatkan fizikal dan minda.
Setelah berehat beberapa minit, Ustazah
Aisyah kembali menyampaikan ceramah mengenai sunat-sunat dalam ibadat tawaf
kepada Jemaah haji.
USTAZAH AISYAH : InsyaAllah, kita sambung perbincangan kita mengenai
sunat-sunat tawaf. Mungkin ada di antara kita yang sudah merasai pengalaman
tawaf dan mungkin ada yang belum berkesempatan menunaikan haji ataupun umrah.
Jadi, saya sangat menggalakkan perbincangan yang santai dan sebarang persoalan
boleh diajukan terus kepada saya. Boleh ke Tuan-tuan dan Puan-puan?
JEMAAH :
InsyaAllah…(sambil menganggukkan kepala tanda setuju).
USTAZAH AISYAH : Apakah yang dimaksudkan dengan sunat-sunat tawaf?
Sunat-sunat tawaf ialah perkara sunat yang dilakukan oleh Rasulullah ketika
tawaf dan sangat digalakkan melakukannya. Apakah perkara-perkara tersebut?
JEMAAH 1 : Mengikut pengalaman saya yang
sebelum ini, ketika tawaf kita disunatkan berjalan kaki ketika melakukannya.
USTAZAH AISYAH : Ya, betul tu. Menurut Mazhab Syafie, apa yang penting
terlebih dahulu perlulah niat tawaf. Bagaimana? Tuan-tuan dan Puan-puan boleh
lihat pada skrin depan sambil ikut bacaan saya. نويت طواف العمرة بهذا البيت سبعة أشواط لله تعالى. (saya
telah berniat melakukan tawaf umrah 7 pusingan kerana Allah Taala). Kemudian,
perkara sunat ketika tawaf ialah berjalan kaki bagi lelaki dan perempuan.
JEMAAH 2 : Ustazah,
bagaimana pula dengan orang sakit yang mana menghalangnya kemampuannya untuk
berjalan kaki?
USTAZAH AISYAH :Terima kasih bagi soalan tersebut. Bagi mereka yang dihalang oleh sakit dan seumpamanya, ada
pengecualian baginya. As-Syaikhan meriwayatkan : Ummu Salma datang dalam
keadaan sakit lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya : “Tawaflah di belakang
orang ramai dalam keadaan menunggang kenderaan”.
JEMAAH 3 : Saya
teringin sekali nak menyentuh Hajarul Aswad. Adakah ia termasuk dalam
perkara-perkara sunat tawaf?
USTAZAH AISYAH : Sudah menjadi impian setiap muslim yang melakukan
ibadat tawaf untuk menyentuh Hajarul Aswad. Ya, betul. Melakukan istilam iaitu
menyentuh Hajarul Aswad pada permulaan tawaf, mencium dan meletakkan dahi
padanya adalah amalam Rasulullah s.a.w.
JEMAAH 1 : Dalam
keadaan orang ramai yang berebut-rebut, bagaimana kalau tak dapat peluang untuk
menyentuhnya?
USTAZAH AISYAH : Jangan bimbang. Sekiranya tidak dapat menyentuh dengan
tangan kerana sesak dan seumpamanya, hendaklah diisyaratkan kepadanya dengan
tangan dari jauh dalam keadaan bertakbir dan bertahlil. Sunat ini dikhususkan
kepada lelaki.
JEMAAH 4 : Alangkah
beruntungnya kaum lelaki. Bagaimana orang perempuan pula ustazah?
USTAZAH AISYAH : Bagi wanita tak disunatkan menyentuh dan mencium
Hajarul Aswad kecuali tempat tawaf itu kosong. Apabila tempat tawaf itu sesak,
di mana menyentuh dan menciumnya akan menyebabkan kesakitan dan kesusahan
kepada orang lain, maka lelaki juga tak disunatkan melakukannya. Malah boleh
jadi makruh atau haram, mengikut kadar kesakitan hasil perbuatan tersebut.
Perkara sunat lain bagi kaum lelaki ketika tawaf ialah berlari anak dalam tiga
pusingan pertama iaitu dengan dipercepatkan perjalanan tetapi dengan langkah
yang pendek.
JEMAAH 3 : Oooo,begitu..maknanya baki 4 pusingan
lagi berjalan biasa ke? Apa lagi yang disunatkan untuk kaum lelaki ustazah?
USTAZAH AISYAH : Amboi, panjang oooo nya En. Razak, dah bersemangat nak
tawaf ye? Ya, baki 4 pusingan disunatkan berjalan biasa. (sambil tersenyum).Kedengaran para jemaah yang lain turut ketawa.
USTAZAH AISYAH : Ada lagi sunat-sunat tawaf yang boleh dilakukan oleh
kaum lelaki, iaitu melakukan idhtibaa’. Apakah itu idhtibaa’? Idhtibaa’ itu
maksudnya ketika berlari anak, disunatkan dengan meletakkan pertengahan
selendangnya di bawah ketiak tangan (bahu kanan terdedah) dan meletakkan kedua
hujungnya di atas bahu kiri.
JEMAAH 2 :
Bagaimanakah caranya?
USTAZAH AISYAH : Mungkin susah untuk menggambarkannya. Saya tunjukkan
dulu gambar dan video cara memakainya. insyaAllah, pada siri yang berikutnya,
kita akan buat amali cara memakainya. Sewaktu Rasulullah s.a.w masuk ke Makkah
untuk melakukan umrah al-Qadha’, baginda telah melakukan perkara itu dan
memerintahkan sahabat melakukannya.
JEMAAH 1 : Saya ada pertanyaan, adakah
terdapat bacaan-bacaan tertentu ketika melakukan tawaf?
USTAZAH AISYAH : Sebagai orang Islam, kita sangat digalakkan dan
disunatkan membaca doa waktu tawaf atau kitab suci al-Quran. Dibolehkan berdoa
dengan mana-mana doa. Doa yang ma’thur daripada Rasulullah s.a.w sewaktu tawaf
adalah lebih baik daripada membaca al-Quran dan membaca al-Quran lebih afdhal
daripada doa yang tidak ma’thur.
JEMAAH 4 :
Berdasarkan apa yang saya pelajari, tawaf itu perlu dilakukan sebanyak 7 kali
pusingan. Adakah ianya 7 kali pusingan berturut-turut atau sebaliknya.
Bagaimana?
USTAZAH AISYAH : Ya, ianya
disunatkan 7 kali berturut-turut berpusing di samping kita melakukannya dengan
penuh khusyuk dan tawadhuk agar apa yang kita lakukan bukanlah perkara-perkara
yang sia-sia dan amalannya diterima Allah Taala.
JEMAAH : InsyaAllah,
mudah-mudahan begitu. (sambil mencatat apa yang disampaikan).
USTAZAH AISYAH : Akhir sekali, setelah selesai tawaf, kita disunatkan
sembahyang dua rakaat di belakang maqam Ibrahim.
JEMAAH 2 : Bagaimana dengan bacaan dalam
solat sunat tersebut? Adakah terdapat bacaan khusus?
USTAZAH AISYAH : Cara bacaannnya sama sahaja dengan solat sunat lain,
iaitu pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua dibaca
surah al-Ikhlas.
Akhirnya , mungkin ada sebarang persoalan yang tidak jelas? Saya
harap para jemaah sekalian dapat
mengambil input yang berguna daripada sesi kita tadi. Mungkin ini sahaja
daripada saya pada hari ini, semoga kita berjumpa lagi pada siri yang
berikutnya.
USTAZAH AISYAH
: Maka dengan ini berakhirlah kursus asas haji kita pada hari ini. Tapi sebelum
kita menutup majlis ada sesiapa yang ingin mengajukan soalan daripada apa yang
kita pelajari sepajnag hari ini? ( sambil melihat semua bakal jemaah haji pada
tahun ini )
JEMAAH : Tidak ada Ustazah,
Alhamdulillah kami faham apa yang kita pelajari hari ini. ( sambil
menganggukkan-anggukkan kepala dan tersenyum kepada ustazah Aisyah )
USTAZAH AISYAH
: Alhamdulillah...Jika begitu, ustzah doakan agar kita dapat bertemu lagi di
sesi kursus asas haji yang seterusnya.
Dengan ini kita tutup majlis kita pada hari ini dengan surah al-Asr dan
tasbih kiffarah. ( ustazah dan para jemaah lain menadah tangan )
TAMAT
No comments:
Post a Comment