Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yg buka blog kami..
moga kita dilimpahi rahmat dan redha daripada Allah selalu.. amiin.. ^^
Kami adalah orang baru dalam dunia blogger ni..So, semua ni masih baru bagi kami.. nampk ketinggalan sangat kn.. tapi nk buat mcm mana kami kena belajar juga cara untuk publish kt blog ni.. pengakuan jujur dari kami.. blog ini adalah salah satu tugasan akhir yang diberikan kami sebagai pelajar tahun akhir di UNIVERSITI MALAYA bagi subjek TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM. Oleh itu, blog ini lebih membincangkan subjek Pendidikan Islam dan penggunaan Teknologi dalam P&P Pen. Islam. Moga blog ini memberi manfaat kepada kami diri kami sendiri juga kepada anda yang sedang baca.. heee..
eh..eh.. tapi sebelum tu... anda yg sedang baca tu mesti nak tahu siapa KAMI kan..kan.. ^^
Jom kenali kami dulu yerr...
Ustazah to be yang pertama :
" Nama saya Suhaila bt Ismail.. asal kelate.. umur 23 tahun
harapan.. saya harap saya dapat menjadi seorang pendidik yang tidak kenal putus asa untuk mendidik anak-anak bangsa dengan ajaran agama Islam yang sebenar, dan harapan saya yang utama adalah untuk menjadi pendidik di Sabah.. doakan saya ok.. "
Ustazah to be yang ke-2 :
" Nama saya Norafidah Sabli, asal negeri di bawah bayu.. siapa tahu?? opkozz la Sabah.. Umur sama dengan Ustazah to be dalam blog ni. ^^..
Harapan?? saya harap dapat menjadi pendidik yang berjaya dunia akhirat dan yang penting sekali saya ingin menuntut ilmu sebanyak mungkin selagi mampu.. InshaAllah, amiin.. "
Ustazah to be ke-3 :
" Saya Madihah Mahadi, asal nogori sembilan dan asal 23 juga. Harapan, saya dapat menjadi ustazah yang baik dan mampu mendidik anak murid saya pada masa akan datang agar menjadi lebih baik selaras dengan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah. "
Okey.. sekarang anda yang sedang baca tu dah kenal KAMI kan.. so, kami harap dengan blog ini kami dapat memberi dan berkongsi ilmu yang kami perolehi sepanjang pengajian kami di Universiti Malaya kepada anda semua. Moga blog ini bermanfaat kepada kami dan juga semua para USTAZAH TO BE seperti kami..
wassalam.
No comments:
Post a Comment